fbpx

Terima aduan kegiatan tidak puasa dari bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusop Husin (dua dari kiri) menyampaikan benih pada Pelancaran Penghijauan Malaysia, Masjid dalam taman di Masjid Daerah Selama pagi tadi.

LARUT – Kebanyakan aduan kegiatan culas puasa semasa Ramadan di negeri ini yang diterima Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dilaporkan oleh pengadu bukan beragama Islam.

Pengarah JAIPK, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, sikap ini amat memalukan dan secara tidak langsung menjatuhkan air muka umat Islam yang lain.

“Perbuatan culas puasa semasa Ramadan turut mencalarkan imej agama pada pandangan masyarakat bukan Islam.

“Kebanyakan laporan yang diterima tentang kegiatan makan waktu siang di dalam premis serta membungkus makanan dilaporkan oleh orang yang bukan Islam,” katanya di sini.

Kata Mohd. Yusop, setiap kali bulan Ramadan tabiat sama akan berulang oleh mereka digelar geng plastik hitam yang sebenarnya bersikap biadab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI