fbpx

Mayat remaja jatuh sungai ketika memancing ditemukan penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengangkat mayat seorang remaja ditemukan lemas untuk dihantar ke Hospital Raub.

BENTONG – Mayat remaja yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Klau berhampiran muka sauk loji air Mempaga di sini ditemukan lemas tengah malam semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa Muhammad Farmirul Mahamad Faudzi, 14, ditemukan kira-kira pukul 12.01 tengah malam.

“Mayat mangsa ditemukan oleh orang kampung kira-kira 50 meter daripada tempat mangsa dilaporkan lemas.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan mangsa dibawa ke Hospital Raub,” katanya di sini hari ini.

Semalam mangsa dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan ketika memancing ikan kira-kira pukul 5.53 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI