fbpx

Kereta simpan 12 tong petrol tiba-tiba terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadam kebakaran sebuah kereta yang tiba-tiba terbakar di Kampung Kedai Lalat, Kota Bharu hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Sebuah kereta yang dipercayai menyimpan sebanyak 12 tong minyak petrol terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian di tepi sebuah rumah di Kampung Kedai Lalat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, kereta jenis Proton Saga dipercayai terbakar akibat cuaca terlalu panas kerana bahang daripada minyak petrol yang berada di dalamnya

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Azmi, 30, berkata, kereta itu dipercayai tiba-tiba terbakar sebelum api marak membakar sebahagian rumah ditepinya.

“Kami terus menghubungi talian kecemasan kerana bimbang api terus merebak. Berdasarkan maklumat, ada 12 tong berisi petrol berada di dalam kereta tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.40 pagi bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dengan kekuatan seramai lapan orang anggota.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati api sedang marak membakar kereta bersebelahan sebuah rumah.

“Kita mengambil masa selama 14 minit untuk mengawal api daripada terus merebak ke sebuah rumah yang ketika itu tiada penghuni.

“Kereta itu hangus 100 peratus akibat kebakaran itu. Selain itu, punca kebakaran masih dalam siasatan dan kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI