fbpx

Felda lancar Sistem Pengurusan Ladang Pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Halim (dua,kanan) menyentuh skrin simbolik pelancaran pada Majlis Pelancaran SPMS sempena Feltech 2022 di Hotel Tenera di Bangi hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

BANGI – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini melancarkan Sistem Pengurusan Ladang Pintar (SPMS) sebagai salah satu tunjang memperkasa pengurusan ladang peneroka Felda dengan asimilasi teknologi dan konsep perladangan pintar.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Ahli Lembaga Felda, Abd. Halim Abd. Majid merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Felda pada penganjuran Hari Teknologi Felda 2022 (FELTECH 2022) di sini.

Menurut Felda dalam satu kenyataan, SPMS merupakan sistem yang dibangunkan dengan capaian data menggunakan teknologi UAV (Unmanned Aerial Vehicle) atau dron bagi model pertanian pintar.

“Ia untuk merealisasikan konsep pertanian jitu atau pertanian digital yang dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan serta mengurangkan kos operasi ladang.

“Dalam masa sama, SPMS ini juga diintegrasikan dengan sistem e-GIS (Geographical Information System) Felda sedia ada yang boleh digunakan bagi analisis kawasan, dirian pokok, status kesihatan pokok, kawasan kosong, penggunaan buruh dan anggaran hasil bagi ladang peneroka,” katanya.

Terdahulu, Abd. Halim ketika berucap pada majlis tersebut berkata, dengan wujudnya sistem itu, ia akan mengubah cara kerja Felda untuk lebih ke arah teknologi dan mekanisasi.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI