fbpx

Tiada ketetapan dahului nama Islam sebelum nama asal mualaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan tiada ketetapan dibuat pihaknya yang mensyaratkan supaya nama Islam perlu didahului bagi setiap penamaan saudara baru.

Jakim menerusi satu kenyataan berkata, laporan media yang bertajuk ‘Nama Islam Mesti Mendahului Sebelum Nama Asal Mualaf’ adalah bercanggah dengan tatacara ditetapkan dalam garis panduan yang akan dikeluarkan oleh pihaknya.

Menurutnya, laporan berita itu didapati bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff pada Majlis Perasmian Simposium Guru-Guru Mualaf Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2022 baru-baru ini.

“Ketua Pengarah hanya memaklumkan Jakim akan mengeluarkan satu Garis Panduan Penamaan Saudara Baru yang telah diluluskan di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.

“Garis panduan itu akan diedarkan ke seluruh negeri, namun Ketua Pengarah bagaimanapun tidak mengulas isi kandungan garis panduan tersebut pada simposium itu,” katanya.

Katanya, garis panduan itu adalah rujukan bagi mualaf yang berhasrat untuk membuat penukaran nama selaras dengan prosedur dan syarat yang telah ditetapkan oleh Akta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI