fbpx

MPP UiTM desak tindakan kepada pensyarah hina pelajar B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pensyarah tersebut yang dikatakan menghina pelajar B40.

SHAH ALAM – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendesak tindakan sewajarnya dikenakan kepada salah seorang pensyarahnya yang menghina golongan B40 yang tular ketika ini.

Yang Dipertua MPP UiTM, Rasydan Mohd.Hassan berkata, perbuatan pensyarah itu disifatkan sebagai di luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.

Katanya, sejarah UiTM dibina atas dasar untuk membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapat pendidikan di peringkat tertinggi.

“Justeru kenyataan menghina golongan B40 adalah tidak wajar oleh mana-mana pihak.

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi UiTM untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kepada pensyarah tersebut yang telah merosakkan imej UiTM,” katanya di sini.

Jelas beliau, pensyarah tersebut perlulah memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat di negara ini menghadapi keadaan ekonomi yang tidak stabil.

“Manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan tertinggi bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah tersebut dan mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini,” tegasnya.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menerusi laman twitternya menegaskan telah berhubung dengan pihak UiTM untuk meminta penjelasan mereka.

“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular itu,” katanya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi satu minit 45 saat mengenai seorang pensyarah sedang bertanya kepada pelajarnya mengapa pelajar tersebut tidak memiliki komputer.

Menerusi video tersebut, pensyarah tersebut mempersoal tentang sokongan kewangan keluarga kepada pelajar tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI