PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan hujan lebat dan ribut petir hampir di semua kawasan Pantai Barat Semenanjung pada petang ini.
MetMalaysia dalam laporan cuaca di YouTube memberitahu, hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku melibatkan negeri Perak, Pulau Pinang dan Johor.
“Ia dijangka berterusan sehingga ke awal malam nanti,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, cuaca buruk yang sama diramal berlaku di negeri Pahang dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.
Penduduk di negeri terlibat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada khususnya yang berada di kawasan rendah. – KOSMO! ONLINE