fbpx

Lawatan rasmi PM di UAE selama tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

DUBAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan rasminya ke negara tersebut selama tiga hari bermula semalam sehingga esok.

Beliau yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Maktoum diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan disambut Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Mohd. Tarid Sufian.

Di sini, beliau akan menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan UAE yang dijangka mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Qatar sebelum tiba di sini.

Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat Pavilion Malaysia di Ekspo Dubai 2020 yang berlangsung selama enam bulan dan berakhir esok.

Ismail Sabri juga dijangka mengadakan pertemuan dengan kira-kira 6,000 rakyat Malaysia yang bekerja di UAE hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI