fbpx

Gagal hadir ke mahkamah, Norjuma dikenakan waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norjuma.

KUALA LUMPUR – Bekas pengacara yang juga usahawan selebriti Norjuma Habib Mohamed telah dikenakan perintah waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen di sini bulan lalu.

Berdasarkan dokumen, waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Yasmin Abdul Razak pada 14 Februari lalu berikutan Norjuma, 42, gagal memberi kerjasama selain gagal hadir ke mahkamah.

Sementara itu, peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili pihak Fame Up Entertainment ketika dihubungi Kosmo! berkata, meskipun waran tangkap telah dikeluarkan, pihaknya masih gagal melaksanakan waran tangkap itu memandangkan Norjuma tidak ada di kediamannya.

“Semalam pihak kami bersama bailiff mahkamah (orang yang dilantik mahkamah untuk menyampaikan writ/saman) telah cuba mencari defendan (Norjuma) di dua buah rumah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, namun kita masih gagal berjumpa dengan defendan.

“Justeru pihak kami akan memohon tarikh baru untuk permohonan waran tangkap ke atas usahawan tersebut sekali lagi, dan akan mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata peguam itu.

Untuk rekod, Fame Up Entertainment selaku plaintif telah memfaikan dua saman fitnah terhadap Norjuma sebagai defendan sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 dan 2020 yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI