fbpx

PGA sampai dahulu berkas 12 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang ditahan ketika menunggu kenderaan e-hailing.

KUALA SELANGOR – Sekumpulan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang menunggu kenderaan e-hailing berhampiran kunci air di Sungai Janggut, Jeram terkedu apabila diserbu pihak berkuasa, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, kesemua warga asing yang ditahan berusia 18 hingga 40 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am, Superintendan Rizal Mohamed berkata, berdasarkan siasatan mendapati mereka dipercayai baru tiba dari Tanjung Balai, Indonesia dengan menaiki bot nelayan.

“Perjalanan penyusupan masuk mereka ke negara ini mengambil masa selama satu hari. Mereka juga membayar sehingga RM1,500 kepada ejen sindiket bagi tujuan tersebut.

“Kesemua PATI termasuk tiga wanita itu bersembunyi di kawasan paya bakau berhampiran kunci air sementara menunggu kenderaan e-hailing bagi menjemput mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rizal menambah, semakan mendapati PATI itu kali pertama memasuki negara ini dan tidak mempunyai rekod lampau.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI