fbpx

Motosikal terbabas sebelum terjatuh setinggi 21 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya menyelamatkan mangsa yang terjatuh pada ketinggian 21 meter dalam kemalangan di KM 272 Lebih Raya Utara Selatan arah utara dekat Simpang Pulai malam semalam.

IPOH – Seorang remaja lelaki tercampak dan terjatuh pada ketinggian 21 meter dalam kemalangan di Kilometer (KM) 272 Lebih Raya Utara Selatan arah utara dekat Simpang Pulai di sini malam semalam.

Kejadian berlaku selepas motosikal mangsa yang berumur 18 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di tepi pembahagi jalan.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.07 malam.

“Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai diketuai PBK Mohamad Norman dikerah ke lokasi kejadian.

“Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dibawa naik dan diserahkan kepada petugas hospital untuk tindakan selanjutnya,” ujar jurucakap itu.

Mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan tangan kanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI