fbpx

Warga emas dikhuatiri lemas dihanyutkan arus banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mencari mangsa yang dihanyutkan arus banjir kilat di Bara Tea Kampung Sungai Ubi di Cameron Highlands hari ini.

CAMERON HIGHLANDS – Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dibawa arus deras dalam kejadian banjir kilat di Bara Tea Kampung Sungai Ubi di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu mangsa yang berusia 60 tahun dipercayai berada di luar rumah ketika banjir kilat berkenaan berlaku susulan hujan lebat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan melakukan operasi pencarian di kawasan banjir kilat.

“Pada masa ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi giat dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semasa kejadian hujan sangat lebat selama kira-kira sejam menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI