fbpx

Bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DAO dan anak lelakinya menaiki kereta perisai kayu di wilayah Bac Ninh semalam. - AFP

BAC NINH, Vietnam – Seorang bapa di Vietnam meluangkan masa beratus-ratus jam dan membelanjakan wang ribuan dolar untuk menukar sebuah bas mini lama menjadi kereta perisai kayu untuk anak lelakinya.

Setiap hujung minggu, Truong Van Dao memandu kereta perisai kayu itu di sekitar kejiranannya di wilayah Bac Ninh, timur Hanoi bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun di bahagian turet.

Kereta perisai  kayu  itu dibina berdasarkan model kereta perisai Perancis, EBR105 dan lengkap dengan replika meriam sepanjang 2.8 meter. Kos pengubahsuaian tersebut adalah sekitar AS$11,000 (RM46,447).

“Anak lelaki saya dan saya berasa lebih seronok menaiki kereta perisai. Saya menganggap ia sebagai kereta biasa. Saya melakukan pengubahsuaian supaya lebih seronok. Ia tiada kena mengena dengan senjata atau perang,”  kata Van Dao.

Lelaki berusia 33 tahun itu bekerja sebagai tukang kayu. Dia bersama dua rakan sekerjanya mengambil masa tiga bulan untuk menukar bas mini itu menjadi kereta perisai. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI