fbpx

Tikam punggung teman wanita kerana piza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Williams dijatuhi hukuman penjara setahun kerana menikam punggung teman wanitanya. – Media Wales

LONDON – Seorang lelaki di Britain dijatuhi hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah menikam punggung teman wanitanya menggunakan sebilah pisau selepas mereka bertengkar mengenai hidangan piza, lapor akhbar Metro UK semalam.

Nathaniel Williams, 29, dalam kejadian pada tahun lepas,  bertengkar dengan teman wanitanya mengenai jenama piza yang ingin dibeli. Dia mahu membeli hidangan Pizza Hut manakala teman wanitanya ingin memesan Pizza Choice.

Mangsa kemudian pergi ke dapur rumah mereka di Cardiff untuk minum air. Sejurus selepas dia memusingkan badannya ke belakang,  wanita berasa seperti tusukan kecil pada bahagian punggungnya.

Mangsa kemudian mendapati terdapat kesan darah pada tangannya sambil Williams dilaporkan menjerit dan meminta maaf berulang kali.

Lelaki itu meyakinkan mangsa agar tidak pergi ke hospital kerana bimbang ia akan menjadi kes polis. Bagaimanapun, seorang rakan yang pergi ke rumah mereka kemudian  membawa mangsa ke hospital selepas melihat keadaannya.

Williams kemudiannya ditahan polis dan diarah untuk menjauhi mangsa. Bagaimanapun pada 4 Disember lalu, mangsa yang terjaga pada tengah malam terkejut apabila mendapati Williams sedang berdiri di hujung katilnya.

Selepas mengekori wanita itu ke rumah ibu bapanya, Williams ditahan polis sekali lagi dan kemudiannya menyerang pendakwa raya.

“Jika kejadian ini tidak menjadi serius, ia sebenarnya sesuatu yang lucu apabila anda berdua bertengkar mengenai piza. Namun, anda telah menggunakan pisau yang merupakan satu tindakan serius dan senjata yang boleh membunuh,” kata Hakim John Philpotts.

Williams dijatuhi hukuman penjara setahun dan dilarang daripada menghubungi mangsa selama lima tahun. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI