fbpx

Siti Nurhaliza terharu Aina Abdul setuju hasilkan lagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN duet antara Siti dan Aina pada malam final Big Stage Ahad lalu memukau perhatian penonton yang teruja melihat gandingan mereka di atas pentas yang sama.

PETALING JAYA – Hasrat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk merakamkan lagu ciptaan penyanyi dan komposer terkenal Aina Abdul akhirnya menjadi kenyataan.

Siti memberitahu, dia terharu ketika Aina menyatakan persetujuan untuk memberikannya sebuah lagu bagi dimuatkan dalam album terbaharu yang kini masih dalam proses pembikinan.

“Kalau ikutkan hasrat saya minta Aina buatkan lagu tersebut baru saja lagi iaitu ketika kami digandingkan buat persembahan duet pada pentas akhir Big Stage Ahad lalu.

“Habis sahaja persembahan, saya terus beritahu dia bahawa saya betul-betul berminat untuk menyanyikan lagu hasil ciptaannya. Aina pun bersetuju dengan permintaan saya,” katanya.

Menerusi persembahan tersebut, Siti menyanyikan lagu Aina berjudul Semalam, manakala Aina mendendangkan lagu Purnama Merindu.

Berkongsi kolaborasi yang julung kali diadakan itu, tanpa berselindung, penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu mengakui gementar.

“Jujur perasaan gementar itu memang ada. Lagipun kami hanya sempat sekali sahaja berlatih sehari sebelum malam persembahan.

“Semua orang tahu vokal aina memang mantap dan lagu itu juga pernah dipersembahkan ketika pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Kalau ikutkan perancangan awal kami berdua mahu buat ‘mash up’, tapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan sebab kami bukan mahu beradu suara, tapi untuk beri kepuasan kepada semua,” katanya.

Terdahulu, persembahan duet istimewa tersebut berjaya menarik perhatian penonton dan dan rata-rata menyifatkan nyanyian dua pemilik vokal hebat itu saling melengkapi antara satu sama lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI