fbpx

Lelaki dicekup cabul budak perempuan tepi tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BACHOK – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tepi tali air di sini sebanyak dua kali, sejak seminggu lalu.

Lelaki berusia 20 tahun itu dicekup di rumahnya di sini semalam selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ibu mangsa mengetahui peristiwa itu selepas sepupu anaknya yang berusia tujuh tahun memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, berdasarkan keterangan ibunya, suspek telah datang ke rumah nenek kanak-kanak itu semasa mangsa sedang bermain di kawasan berkenaan minggu lalu.

“Siasatan mendapati, suspek dipercayai memegang beberapa anggota badan dan kemaluan mangsa. Tidak cukup dengan itu, suspek melakukan perbuatan sama selepas mengajak mangsa ke kawasan tali air semalam.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian tersebut kepada sepupunya sebelum kanak-kanak itu terus memaklumkan peristiwa berkenaan kepada ibu mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Ismail memberitahu, siasatan mendapati, mangsa tidak mengenali suspek, namun pernah melihat lelaki itu di rumah neneknya kerana berkawan dengan anak saudara ibunya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu negatif dadah. Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI