fbpx

Anfield pilihan terbaik buat Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH meminta gaji mingguan yang cukup tinggi menyebabkan rundingan kontrak baharu bersama Liverpool masih tertangguh. – AFP

LIVERPOOL – Bekas penyerang Liverpool, El-Hadji Diouf menasihatkan bintang pasukan itu, Mohamed Salah supaya terus menyarung jersi The Reds bagi tempoh empat tahun lagi.

Pemain antarabangsa Mesir itu hanya memiliki baki kontrak selama 15 bulan bersama Liverpool dan difahamkan dia meminta kenaikan gaji sehingga £400,000 (RM2.21 juta) seminggu untuk kekal di Anfield.

Biarpun pasukan gergasi La Liga, Real Madrid sedia untuk menunaikan jumlah gaji yang dimintanya, namun Diouf menggesa Salah supaya menolak tawaran yang dilakukan juara Eropah 13 kali itu.

“Apa yang jelas, Liverpool sepatutnya perlu bersetuju dengan permintaan Salah. Bagi saya, dia sepatutnya terus berada di Anfield kerana gandingannya bersama Sadio Mane mampu menghadiahkan banyak trofi kepada pasukan.

“Dia sudah berusia 30 tahun, jadi saya minta Salah untuk bermain selama empat tahun lagi bersama Liverpool. Jika berhijrah ke Real Madrid, dia perlu mulakan hidup baharu,” kata bekas pemain antarabangsa Senegal itu.

Meskipun menasihatkan Salah supaya terus kekal di Anfield, namun Diouf memberi amaran Liverpool mungkin tidak akan menunaikan permintaan Salah atas dasar kewarganegaraan.

“Salah perlu sedar dia adalah orang Afrika, jadi layanan sangat berbeza dengan pemain-pemain Eropah. Tidak mungkin Liverpool akan berikan kontrak yang dimahukannya kerana saya juga mengalami nasib sama sebelum ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI