fbpx

Kementerian Kesihatan bawa usul isu MySejahtera ke Dewan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan melawat tapak pembinaan bangunan tambahan di Hospital Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membawa usul berkaitan isu aplikasi MySejahtera di Dewan Negara pada 31 Mac ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ia berikutan timbul pelbagai pertikaian termasuk syarikat yang dilantik mengendalikan aplikasi itu.

Oleh itu, katanya, usul itu nanti diharap dapat menjelaskan tentang kekeliruan yang berbangkit.

“Jadi, sekarang ini ia dalam proses untuk membawa kepada perkara ini untuk dijadikan kontrak rasmi yang sedang dibuat dan saya telah setuju supaya usul tersebut dibawa ke Dewan Negara pada 31 Mac ini.

“Oleh, kerana terlalu banyak pertikaian saya memohon supaya Yang Dipertua Dewan Negara membenarkan satu usul untuk dibahas pada hari Khamis nanti.

“Saya akan menjawab semua soalan nanti supaya tiada lagi isu. Bukan mereka (pihak yang mempertikaikan) tidak tahu dan tidak baca sepenuhnya namun, masih terus bangkitkan isu yang sama. Tetapi tidak mengapalah saya faham ini isu penting dan melibatkan data peribadi dan sebagainya, lebih baik saya jawab dalam Dewan Negara nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan melawat tapak pembinaan bangunan tambahan di Hospital Port Dickson hari ini.

Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, aplikasi MySejahtera masih lagi relevan dan berfungsi bagi memaklumkan kepada pengguna sama ada mereka menjadi kontak rapat atau sebaliknya.

“Negara masih berada dalam peralihan ke fasa endemik walaupun ia agak jauh lagi dan sekarang masih ada ribuan jangkitan Covid-19 setiap hari. Oleh itu, aplikasi MySejahtera masih lagi berfungsi untuk memberitahu kepada pengguna MySejahtera sekiranya mereka telah menjadi kontak rapat.

“Takkan pengguna tidak mahu tahu lokasi yang kita check-in MySejahtera itu ada kes positif atau menjadi kontak rapat dan kontak kasual. Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan akan mengekekalkan aplikasi MySejahtera mungkin dalam sebulan dua lagi dan apabila keadaan bertambah stabil, mungkin itu pada waktu sesuai hentikan penggunaan MySejahtera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI