fbpx

Marshanda sudah tidak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHANDA

GARA-GARA lama tidak muncul menerusi sebarang program televisyen, pelakon dan juga penyanyi Marshanda dianggap sudah tidak laku lagi oleh segelintir peminatnya.

Ujar selebriti berusia 32 tahun itu, dia sering membaca komen peminat yang mendakwa dirinya sudah tidak laku memandangkan tiada kemunculan dalam mana-mana program televisyen.

“Saya pernah baca komen netizen yang berkata bahawa saya tidak lagi laku kerana sudah lama tidak menyanyi dan berlakon.

“Tetapi saya tidak kisah kerana sudah puas bekerja sejak berusia 15 tahun.

“Ketika itu saya berasa sangat penat dan pernah terfikir untuk berhenti menjadi seorang selebriti,” katanya.

Pelakon sinetron Dari Sujud Ke Sujud itu turut mengakui kehidupannya semakin tenang selepas menjauhi lensa kamera.

Marshanda mengambil keputusan untuk berehat daripada industri seni hiburan Indonesia selepas disahkan mengalami masalah kesihatan mental dan mendapatkan rawatan sehingga ke Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI