fbpx

Mercedes mula kenal erti kekecewaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-10 pada perlumbaan GP Arab Saudi awal pagi Isnin lalu. – AFP

JEDDAH – Juara pengeluar Formula Satu (F1) sebanyak lapan kali, Mercedes kini terus berdepan tekanan apabila masih bergelut dengan prestasi meskipun ketika ini seteru utamanya Ferrari dan Red Bull masing-ma­sing telah meraih kemenangan pertama mereka.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff mengakui bahawa pasukannya itu kini berada pada fasa kekecewaan selepas juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton sekadar menamatkan sai­ngan kedudukan ke-10, manakala George Russell tempat keempat ketika bersaing di Grand Prix (GP) Arab Saudi.

Sejak pusingan pertama lagi, Hamilton dilihat masih belum menemui rentak terbaik bersama jentera W13 miliknya dan lebih malang pemandu kelahiran Britain tersebut turut terkeluar pada sesi kelayakan pertama.

Keadaan tersebut merisaukan Wolff dan kini pasukan yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom tersebut perlu terus bekerja keras mencari jalan penyelesaian untuk membina jentera lebih stabil.

“Sungguh menyakitkan bila anda melihat pasukan tidak dapat bersaing dengan kelompok hadapan untuk berjuang memburu kemenangan semula.

“Apa pun, Mercedes tidak akan berhenti berusaha meski­pun kini dalam situasi kurang menyenangkan bagi semua pihak. Saya yakin masalah ini akan membuatkan kami lebih kuat pada perlumbaan akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Wolff juga tidak dapat menilai sejauh mana tahap prestasi jenteranya de­ngan pasukan-pasukan lain dan mengakui pasukannya perlukan masa untuk mencari pelarasan yang lebih sempurna.

“Ketika ini, kami tidak berada di dalam litar dengan pelarasan yang kami inginkan.

“Jadi, sukar untuk menilai potensi jentera dan saya harap jarak tidak terlalu jauh,” tambah Wolff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI