fbpx

Pengantin disambut dengan ‘lambungan’ bola tampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi lambungan bola tampar bagi menyambut kehadiran pasangan pengantin pada majlis perkahwinan.

PETALING JAYA – Setiap pasangan yang baru berkahwin sudah pasti mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang indah.

Ini kerana bagi mereka, hari bahagia itu hanya akan datang sekali dalam hidup dan perlu diabadikan dengan momen-momen indah.

Seperti perkongsian di aplikasi Tiktok @anasfarid96, kelihatan pasangan pengantin membuat kelainan pada hari perkahwinan mereka apabila pengantin yang tiba di majlis itu disambut dengan ‘lambungan’ bola tampar.

Menerusi klip video berdurasi 20 saat itu, kelihatan beberapa individu melambung bola tampar sambil pengantin berjalan dibawahnya.

Menariknya, aksi itu tidak ‘menganggu’ perjalanan pasangan pengantin itu serta tetamu yang hadir

Kosmo! difahamkan, pasangan tersebut merupakan pemain bola tampar dan aksi melambung bola tersebut turut dibantu oleh rakan-rakan dalam pasukan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan aksi lambungan bola tampar tersebut dan memuji kelainan sambuatan hari perkahwinan yang dilakukan pasangan itu.

Antara pengguna yang telah meninggalkan komen pada klip video tersebut adalah Zyqk.

“Kawan aku main lontar peluru takde pun macam ni,”tulisnya.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Anas Farid.

“Bertenang kawan-kawan semua, aksi ini berlaku dibawah kawalan,”katanya.

Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, klip video tersebut telah ditonton lebih 387,300 kali dan sebanyak 1,745 komen telah ditinggalkan pengguna aplikasi berkenaan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI