SAAT pertama kali bersua muka dengan lelaki berusia 50 tahun itu, penulis kagum dengan kepetahannya berbicara dengan bahasa Melayu bagai sasterawan. Walaupun tidak ada setitik pun darah Melayu yang mengalir dalam tubuhnya, dia begitu menyanjung tinggi bahasa kebangsaan itu. Sesekali individu bernama Eddin Khoo itu bertutur bahasa Melayu loghat Kelantan untuk menghiburkan suasana ketika penulis menemu bualnya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini. “Kepentingan penguasaan bahasa Melayu adalah sangat penting. Bahasa Melayu adalah nadi negara kita. “Saya…
Biarpun berdarah kacukan Cina dan India, kecintaan Eddin terutamanya terhadap kebudayaan Melayu sangat mendalam. Tidak salah jika lelaki ini dianggap memiliki jiwa Malaysia sejati kerana nilai keharmonian ketiga-tiga kaum utama di Malaysia itu bagai sebati di dalam dirinya.
Berjiwa patriotisme yang tinggi, anak kepada legenda sejarawan ulung serta salah seorang insan yang membantu menggubal Rukun Negara, mendiang Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Khoo Kay Kim itu dilihat mewarisi sifat-sifat bapanya.
Daftar di sini untuk baca berita penuh.