fbpx

PKNS bina dua kilang kos rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juwairiya (tiga dari kiri) dan Mahmud (empat dari kiri) pada majlis pembukaan semula De Palma Eco Resort Kuala Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina dua buah kilang kos rendah pada tahun depan bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS).

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abas berkata, kilang empat tingkat itu akan dibina di Kota Puteri dekat sini dan Klang, masing-masing melibatkan keluasan 2.02 hektar.

Jelasnya, setiap kilang mampu memuatkan kira-kira 200 usahawan IKS, yang bakal turut menikmati kemudahan gudang penyimpanan.

“Kalau tengok usahawan di pasar, macam-macam barang ditawarkan, tetapi pembungkusan masih dalam balang atau letak dalam plastik dan tidak secantik pembungkusan dari luar negara.

“Kemudahan kilang ini akan membantu peniaga kecil dari segi pembuatan, pembungkusan dan bantuan penjualan menerusi portal kami selain penghantaran. Ini bermakna kami akan membantu keseluruhan rantaian pengeluaran,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis pembukaan semula De Palma Eco Resort Kuala Selangor yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifili.

Kata Mahmud, pendekatan kilang sebegitu dengan keluasan yang kecil dapat memaksimumkan penggunaan tanah di sesuatu kawasan.

Ujarnya, pembinaan dua buah kilang tersebut akan menelan kos sehingga RM15juta sebelum disewakan kepada usahawan pada kadar berpatutan.

“Usaha ini lebih kepada program tanggungjawab sosial kami dalam membantu IKS.

“Fokusnya adalah bagi menembusi permintaan pasaran halal antarabangsa yang begitu besar, dengan anggaran nilai AS$2.5 trillion (RM10.55 trilion),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI