fbpx

Bekalan beras negara stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (dua kiri) menyaksikan pertukaran dokumen MOC antara FGV dengan Bernas, hari ini.

KUALA SELANGOR – Bekalan makanan asas negara khususnya beras berada pada tahap stabil walaupun negara berhadapan sekatan dan gangguan termasuk keadaan cuaca tidak menentu akhir-akhir ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, setakat ini tiada gangguan bekalan beras dengan pengeluaran beras negara pada tahun lalu adalah 63 peratus.

Justeru katanya, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap bekalan beras negera.

“Walaupun sasaran awal pengeluaran adalah 70 peratus namun kita berjaya mengeluarkan 63 peratus dan masih mendapat bekalan beras yang konsisten walaupun ada gangguan dan sekatan.

“PadiBeras Nasional Berhad (Bernas) mempunyai hubungan perniagaan dengan pihak pengeksport daripada luar, jadi itu yang dilakukan dan rakyat Malaysia tidak perlu risau tentang bekalan beras negara,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Kolaborasi (MOC) antara dua syarikat peneraju di bawah program Sawah Berskala Besar (SMART SBB) iaitu FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. (FGV) dengan Bernas di Kilang Beras Bernas Seri Tiram Jaya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ronald memberitahu, pelbagai usaha dimainkan di peringkat domestik khususnya menerusi program SMART SBB bagi meningkatkan hasil pengeluaran beras ke tahap lebih tinggi.

“Perkongsian (FGV dan Bernas) ini penting kerana ia mampu meningkatkan pendapatan pesawah dan meningkatkan produktiviti selain mengurangkan kebergantungan pada orang tengah.

“Jadi pendekatan SMART SBB ini mampu menjadikan industri beras ke tahap lebih tinggi sesuai dengan perkembangan teknologi. Kita turut mengharapkan lebih ramai pesawah untuk terlibat dalam program tersebut,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI