fbpx

HUN 2022 rai empat usahawan cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Hasan (tengah) bergambar kenangan bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah HUN 2022.

KUALA LUMPUR- Seramai empat orang usahawan terpilih menerima anugerah khas atas kejayaan rangkaian dan liputan perniagaan masing-masing sempena Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur tadi.

Penganugerahan itu melibatkan Anugerah Ikon Usahawan Terbaik, Anugerah Usahawan Muda, Anugerah Usahawan Korporat serta anugerah khas diberikan kepada usahawan berjaya menunjukkan prestasi keusahawanan cemerlang.

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Datuk Seri Abu Hasan Mohd. Nor berkata, empat usahawan berkenaan diberikan anugerah khas sempena penganjuran HUN 2022 sebagai medium pengiktirafan kepada mereka atas pencapain dalam perniagaan masing-masing.

“Pemberian Anugerah Khas HUN 2022 kepada empat usahawan itu merupakan satu inisiatif terbaik untuk memangkin kecemerlangan mereka secara berterusan pada masa akan datang.

“Mereka dipilih atas penilaian daripada DPUKM sebagai penganjur selain turut disokong oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pimpinan Tan Sri Noh Omar,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan dan Anugerah HUN 2022 di sini.

Sementara itu, penerima Anugerah Korporat , Datuk Seri Abdull Star Khan Amirullah Khan menyasarkan penawaran sebanyak 1,300 peluang pekerjaan bagi menaikkan taraf hidup rakyat.

Menurutnya yang terlibat hampir 31 tahun dalam bidang industri pembinaan, penawaran peluang pekerjaan itu melibatkan beberapa perniagaan yang diusahakannya termasuk bidang pertanian.

“Saya mahu anak Melayu berjaya kerana orang muda perlu bekerja keras untuk lebih berjaya dalam hidup. Ia seperti konsep tanam pokok rambutan, hasilnya lagi lima tahun lagi dan bukannya dalam masa semalam.

“Jadi, saya harap anugerah diberikan itu juga akan menjadi inspirasi buat anak muda untuk terus berjaya dalam kehidupan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI