fbpx

JKSM jumpa TH bincang pindaan Akta Tabung Haji 1995

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan Tabung Haji.

PUTRAJAYA – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini mengadakan pertemuan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membincangkan cadangan pindaan Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535].

JKSM yang diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin bagi membincangkan perkara itu.

JKSM menerusi satu kenyataan berkata,
kunjungan itu juga antara lain bagi mendapatkan pertimbangan mengenai cadangan pindaan Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535].

Menurutnya, pindaan akta itu bagi membolehkan pendedahan maklumat pendeposit dan pelaksanaan hiwalah oleh Mahkamah Syariah di TH dengan menahan akaun pendeposit bagi pembayaran tunggakan nafkah terhadap isteri atau anak.

“JKSM mengemukakan cadangan agar Akta 535 dipinda bagi membolehkan TH menyediakan apa-apa dokumen berkaitan butiran deposit dan pendeposit TH kepada Mahkamah Syariah apabila diperintahkan sedemikian.

“Selain itu, pertemuan ini turut membincangkan berkaitan dengan prosedur pelaksanaan perintah hiwalah di Mahkamah Syariah.

“Ia termasuk cara pembayaran yang boleh dibuat oleh TH dalam membeku dan memindahkan wang pendeposit penghutang penghakiman kepada pemiutang penghakiman,” katanya.

Katanya, pertemuan itu diharap dapat menjadi titik tolak bagi membolehkan pelaksanaan perintah hiwalah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dalam menahan akaun pendeposit atau penghutang penghakiman di TH. -KOSMO! ONLINE

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI