fbpx

Rashford dinasihatkan kekal di United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD (tengah) yang kurang minit permainan mempertimbangkan masa depannya dengan meninggalkan United jika mendapat tawaran setimpal bakatnya. – AFP

LONDON – Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney berharap bekas rakan sepasukan, Marcus Rashford supaya fokus menjadi penjaring terhebat kelab itu meskipun dikatakan bersedia untuk meninggalkan pasukan The Red Devils musim depan.

Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan 93 gol dalam 297 penampilan untuk United sejak membuat penampilan sulung pada 2015, namun prestasinya tidak berapa baik dan dilihat semakin kecewa beraksi di Old Trafford.

Bagaimanapun, Rooney berharap penyerang England itu kekal di United dan fokus untuk mengatasi rekod sepanjang zamannya iaitu 253 gol.

“Untuk mencipta rekod dan menjadi penjaring gol terbanyak di United adalah sangat sukar.

“Apa yang saya harapkan ialah Rashford terus bekerja keras dan memecahkan rekod itu,” kata Rooney.

Rashford tidak menjadi pilihan utama sejak beberapa bulan kebelakangan ini di Old Trafford dan hanya memulakan tiga perlawanan liga dan menjaringkan lima gol dalam semua kejohanan musim ini.

Kekurangan masa permainan telah menyebabkan dia mempertimbangkan masa depannya dengan meninggalkan United sekiranya mendapat tawaran setimpal de­ngan bakatnya.

Rashford juga dikaitkan menyertai pasukan lain pada musim depan selepas Arsenal dilaporkan bersedia untuk membawa masuk penyerang berusia 24 tahun itu ke Emirates.

Dengan Piala Dunia hanya tinggal lapan bulan lagi, Rashford mungkin memutuskan untuk melakukan perubahan segera bagi mengembalikan kariernya ke landasan betul.

Perjanjian semasanya di United akan tamat pada 2023, walaupun kelab itu mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontraknya setahun lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI