fbpx

Harumanis kembali jadi rebutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
seorang pelanggan memilih magga harumanis ketika singgah di gerai Ahmad Hafiz di Arau kelmarin.

ARAU – Peniaga mangga harumanis di sekitar daerah ini tidak menang tangan melayan permintaan yang banyak hingga mampu meraih keuntungan RM2,500 dalam tempoh lima hari menjual buah tersebut meskipun berdepan dengan kekurangan bekalan.

Tinjauan Kosmo! di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis dari persimpangan Pauh ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin hala Changlun, Kedah mendapati terdapat sekurang-kurangnya lima buah gerai telah mula menjual raja mangga tersebut.

Peniaga meletakkan harga jualan runcit bagi harumanis gred A bermula daripada RM35 hingga RM40 sekilogram.

Salah seorang peniaga, Ahmad Hafiz Azizun, 37, berkata, dia menyasarkan mampu menjual sehingga 600 kilogram buah tersebut dengan pendapatan mencecah RM21,000.

Katanya, sasaran itu dibuat selepas jualan yang dilakukan dalam tempoh lima hari sejak Selasa ­minggu lalu mendapat sambutan memberangsangkan.

“Ada peniaga yang terlebih dahulu menjual harumanis beberapa hari lebih awal daripada saya dan rata-rata pembeli dari luar Perlis.

“Antara faktor permintaan tinggi ialah kedudukan lokasi ini menjadi laluan utama penghujung dari luar Perlis yang menghantar anak mereka ke institusi pengajian tinggi selain beberapa acara sedang berlangsung di ne­geri ini,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Suhaidi Darus, 43, berkata, selain menjual secara fizikal di gerai, dia turut menerima tempahan secara dalam talian untuk dihantar ke seluruh negara.

Pengerusi Koperasi Pengusaha Harumanis Y.A, Mohd. Asri Yusoff berkata, pengeluaran harumanis mencatatkan penurunan drastik.

“Unjuran pengeluaran kami pada tahun ini adalah sekitar 50 hingga 60 tan metrik berbanding 158 tan metrik pada tahun lalu.

“Lebih separuh telah ditempah manakala bakinya masih boleh ditempah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI