fbpx

Johor tarik semula pelaburan dalam tempoh fasa endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz Ghazi (tengah) mendengar taklimat semasa melakukan lawatan kerja ke Sedenak Tech Park, di Kulai, Johor hari ini.

KULAI – Kerajaan negeri bersedia untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini bagi merancakkan semula sektor ekonomi khususnya selepas Johor memasuki fasa endemik yang dijangka akan bermula 1 April ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, antara projek yang akan dibangunkan adalah Sedenak Tech Park (STeP) yang kini dalam proses pembangunan.

“Insya-Allah dalam fasa peralihan ke endemik, kerajaan Johor bersedia untuk menarik lebih ramai pelabur datang dan merancakkan semula sektor ekonomi negeri ini demi kesejahteraan Bangsa Johor.

“Hari ini saya melawat Sedenak Tech Park (STeP) untuk meninjau progres pembangunan projek yang dijangka mampu menarik pelaburan, khususnya daripada syarikat berkaitan pengurusan data dan pengkomputeran dari dalam dan luar negara.

“Sebanyak 1,600 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat, ianya adalah satu-satunya sektor yang akan dijadikan katalis pembangunan Johor bakal ditawarkan kepada Bangsa Johor melalui Projek STeP,” katanya dalam satu hantaran di media sosial Facebook miliknya, hari ini.

Sementara itu, syarikat penyedia perkhidmatan dan pemilik pusat data, Yondr Group bakal membuka sebuah kampus hiperskala 200MW di Taman Teknologi Sedenak, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Yondr Group, Dave Newitt berkata, pembukaan kampus berkenaan akan menyokong kemudahan sedia ada pihaknya di Jakarta, Indonesia bagi mengukuhkan kedudukan strategik mereka di pasaran serantau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI