fbpx

Jimat RM31juta naik taraf jalan FR05 sepanjang 45 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (tiga kanan) merasmikan penyerahan projek FRO5 dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam. -Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SABAK BERNAM – Kerajaan berjaya menjimatkan kos sehingga RM3tanjo1juta bagi kerja-kerja penaiktarafan Jalan Persekutuan 5 (FR05) sepanjang 45 kilometer (km) dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerja-kerja tersebut berjaya disiapkan Februari lalu daripada jangkaan bulan ini selepas bermula pada tahun 2016.

Katanya, berdasarkan kos awal projek adalah berjumlah RM780juta dan berjaya disiapkan pada kadar kos RM749juta sahaja.

“Jadi, dapat jimat sehingga RM31juta dan penjimatan ini juga dibantu skop projek dapat dikurangkan dan digabungkan selepas ada maklumbalas dari pelan asal.

“Selain itu, ketiadaan kaedah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan projek naik taraf FR05 di sini, hari ini.

Dianggarkan sebanyak 19,411 kenderaan sehari menggunakan laluan ini bersamaan 7,085,015 kenderaan setahun yang mendapat faedah dengan perjalanan lancar tanpa dikenakan sebarang tol.

Kata beliau, menerusi penaiktarafan itu dapat melebarkan laluan daripada dua lorong kepada empat lorong dua hala, beberapa jejambat dan persimpangan bertingkat dan pusingan U bagi bagi memudahkan khususnya penduduk setempat.

Fadillah memaklumkan, sasaran FRO5 yang merupakan jajaran Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) adalah meningkatkan saling hubungan antara negeri dan daerah khususnya di Selangor.

“FRO5 ini akan menghubungkan WCE yang dalam pelaksanaan dengan sebahagian akan disiapkan pada tahun depan dan selebih kecilnya pada 2024.

“Jalan ini dibiayai menerusi peruntukkan kerajaan dan WCE pula dibiayai pihak swasta melalui sistem tol,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI