fbpx

Rasuah polis RM1,000, lelaki Bangladesh dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Dollah

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki Bangladesh yang cuba merasuah anggota polis dengan wang tunai berjumlah RM1,000 membawa padah apabila dia ditahan di Balai Polis Ulu Tiram, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.53 petang itu, turut ditahan dua lagi rakan suspek dan kesemua mereka berusia antara 28 hingga 3- tahun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, mereka ditahan ketika sekatan jalan raya Op Benteng di Jalan Kota Tinggi – Johor Bahru ditahan polis untuk pemeriksaan dokumen perjalanan.

“Ketika pemeriksaan dibuat, seorang suspek warga Bangladesh memiliki I-kad palsu, manakala dua lagi rakannya iaitu masing-masing seorang warga Bangladesh dan Myanmar memiliki dokumen meragukan.

“Ketika dibawa ke balai untuk membuat laporan tangkapan, suspek warga Bangladesh bertindak menawarkan wang berjumlah RM1,000 kepada anggota untuk menyelesaikan kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ismail, suspek berusia 30 tahun itu tetap cuba merasuah anggota polis walaupun telah dinasihatkan agar tidak berbuat demikian.

“Sehubungan itu, polis merampas wang berkenaan dan menahan suspek kerana memberi rasuah.

“Dua rakannya iaitu warga Bangladesh berusia 31 tahun dan warga Myanmar berusia 28 tahun turut ditahan,” ujarnya.

Ismail turut memberitahu, suspek yang memberi rasuah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan lanjut manakala dua rakannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(8) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI