fbpx

Dua anjing K9 kesan mangsa tertimbus runtuhan kuari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anjing K9 bomba memulakan operasi pencarian dua mangsa tertimbus yang memasuki hari ke-21 di tapak kuari di Keramat Pulai, Ipoh hari ini. /FOTO HSAN JBPM PERAK

IPOH – Dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) bomba digerakkan ke tapak kuari di Keramat Pulai di sini bagi mengesan dua mangsa tertimbus dalam runtuhan batu sejak 8 Mac lalu.

Timbalan Komander Operasi II, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Umrani Che Mat berkata, struktur batu dan runtuhan tidak membahayakan anggota penyelamat membolehkan K9 dibawa masuk.

“Pagi tadi, pencarian K9 menunjukkan minat pada satu spot (titik), cuma ia tidak berapa kuat.

“Jadi, kita akan gerakkan anjing itu sekali lagi petang ini namun bergantung pada keadaan semasa cuaca,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, pencarian akan diatur gerak selepas kerja-kerja menggerudi lubang pada titik berkenaan diperluaskan sedikit untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI