fbpx

Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki yang telah membengkak dan berulat ditemui di dalam longkang di tepi Jalan Tok Ungku bersebelahan Sekolah Bukit Mewah, Rahang di sini semalam.

SEREMBAN – Misteri bau busuk akhirnya terungkai apabila mayat seorang lelaki dijumpai di dalam longkang, tepi Jalan Tok Ungku bersebelahan Sekolah Bukit Mewah, Rahang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 7.12 malam, saksi kejadian yang dalam perjalanan dari tempat kerja ke Pasar Malam Rahang telah terhidu bau busuk sebelum menemui mayat tersebut.

“Mangsa memakai baju berkolar dan ‘vest’ bertulisan ‘security’ pada bahagian belakang, namun mangsa didapati tidak mengenakan seluar, berselipar atau kasut.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa dan juga di sekitar tempat kejadian. Bahagian Unit Pengesan Anjing (K9) cuba mengesan bahan bukti tetapi tidak menjumpai apa-apa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan tidak dapat memastikan punca kematian mangsa kerana keadaan mayat yang telah membengkak dan berkulat.

“Mangsa dianggarkan telah meninggal dunia lebih kurang empat hari dan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa,” katanya.

Ujarnya, punca kematian mangsa hanya akan diperoleh sehingga selesai bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI