fbpx

Angkara kematian pelanggan, lelaki dijel 10 tahun, denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manimaran (kanan) diiringi anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki bergaduh sehingga menyebabkan kematian seorang pelanggan restoran di Jalan Telawi Bangsar 12 tahun lalu, membawa padah apabila dia dipenjara 10 tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, M. Manimaran, 36, yang juga jurujual kereta terpakai  selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula hari ini dan sekiranya tertuduh gagal membayar denda, dia perlu menjalani hukuman penjara enam bulan.

Mengikut pertuduhan, Manimaran didakwa bersama dua lagi individu yang masih bebas, menyebabkan kematian P. Logan Nathan, 27, di Jalan Telawi 2, Bangsar di sini pukul 2.23 pagi pada 23 Mac 2010 lalu.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Terdahulu, semasa prosiding Ashok Kandiah memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana kesal melibatkan diri dalam pergaduhan itu.

“Semasa kejadian, tertuduh berusia 24 tahun dan hanya mahu menolong rakannya. Walaupun kes sudah hampir sedekad, namun anak guam saya memberi kerjasama baik kepada polis malah dia tidak mempunyai kes jenayah lampau,” katanya.

Selain itu, Ashok turut memohon kepada mahkamah agar hukuman pemenjaraan berkenaan ditangguhkan.

Bagaimanapun, Abdul Khaliq Nazeri membantah permohonan itu kerana tertuduh tidak mempunyai keadaan istimewa yang mewajarkan penggantungan hukuman. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI