fbpx

Beli-belah di hujung jari menerusi myAEON2go

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai kini tidak lagi perlu bimbang akan risiko dijangkiti virus Covid-19 ketika keluar membeli-belah kerana pasar raya AEON menawarkan pengalaman membeli-belah hanya di hujung jari melalui platform e-dagangnya, myAEON2go.

Dengan memanfaatkan kemudahan teknologi terkini, pengguna tidak perlu bersusah payah memandu, mencari dan berebut tempat letak kereta serta beratur di kaunter.

Selain itu, pelanggan myAEON2go turut ditawarkan pelbagai promosi eksklusif dan kemudahan penghantaran pada hari yang sama.

AEON dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, sebagai peruncit terbesar di Asia dan Malaysia, pihaknya turut tidak terlepas daripada perubahan tingkah laku pembelian pengguna di platform online untuk melancarkan pengalaman peruncitan baharu dan memulakan platform Offline ke Online (O2O) sendiri.

“Platform myAEON2go ini menawarkan pelbagai pilihan kepada para pelanggan untuk membeli-belah di pasar raya AEON tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah mereka.

“Kelahiran myAEON2go sesuai dengan tabiat pengguna hari ini yang terus berkembang dan juga menyediakan perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan di samping mencipta peluang kerjaya baharu serta merangsang pertumbuhan ekonomi,” ujarnya.

Sempena pelancaran, myAEON2go menawarkan pelbagai promosi bagi menggalakkan pendaftaran dan penggunaan aplikasi berkenaan.

Pelanggan pasar raya AEON yang memuat turun aplikasi myAEON2go di App Store atau Google Play dan membeli barang pada harga minimum RM15 akan mendapat tawaran terhad sebuah kotak sayur-sayuran segar Fresh2go apabila mempamerkan bukti pembelian kepada kru di kaunter myAEON2go, terhad untuk 3,000 pelanggan pertama.

Selain itu, terdapat pelbagai tawaran hebat lain seperti penghantaran percuma, tawaran harga istimewa dari jenama terkemuka dan pemberian kurma berkualiti percuma.

Banyak lagi tawaran hebat boleh didapati di https://myaeon2go.com/ bermula 30 Mac ini selain di saluran media sosial AEON. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI