fbpx

Sultan bangga prestasi kewangan Kelantan catat lebihan RM47.61 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad semasa membaca Titah Ucapan Diraja sempena Pembukaan Persidangan Penggal Ke-5, Sidang DUN Ke-14 Tahun 2022 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. /FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa bangga atas prestasi kewangan negeri yang kukuh meskipun beroperasi dalam ekosistem persekitaran ekonomi lebih mencabar akibat pandemik Covid-19 sepanjang tempoh dua tahun.

Baginda menzahir dan merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana telah berjaya mencapai prestasi akaun semasa 2021 dengan mencatat lebihan sebanyak RM47.61 juta berbanding 2020.

Titah baginda, peningkatan perbelanjaan pembangunan setiap tahun melebihi RM152 juta memberikan gambaran kerajaan Kelantan telah membelanjakan sejumlah wang bagi perbelanjaan modal untuk kesejahteraan rakyat terutama kepada projek infrastruktur dan kemudahan asas.

“Pencapaian yang dicatat selama lima tahun berturut-turut oleh kerajaan negeri melalui dasar kewangan komprehensif telah berjaya mengawal perbelanjaan mengurus berdasarkan keutamaan perbelanjaan yang akan memberi impak terus kepada rakyat.

“Ia dapat dilihat melalui projek-projek ‘people-centric’ seperti pembinaan atau pembaikian Rumah Dhuafat, bantuan Al-Musa’adah dan Rumah Mampu Milik (RMMK) di Badang di sini,” titahnya.

Baginda bertitah demikian menerusi Titah Ucapan Diraja yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Titahnya, pembangunan infrastruktur yang sempurna merupakan nadi kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negeri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI