PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat berserta ribut petir berlaku di beberapa kawasan sekitar Kedah, Sabah dan Labuan hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu dijangka akan berlaku sehingga pukul 9 pagi nanti.
Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah melibatkan kawasan sekitar Langkawi.
Selain itu, di Sabah, cuaca yang sama tertumpu sekitar Pedalaman (Kuala Penyu) serta keseluruhan Labuan.
“Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri yang terlibat pagi ini.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya di sini hari ini.
Jelsnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE