fbpx

Perdana Menteri mulakan lawatan rasmi ke Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar. Gambar hiasan

DOHA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada pukul 3 petang (waktu tempatan) hari ini dalam siri lawatan tiga harinya ke Qatar.

Memetik laporan Bernama, ketibaan beliau di Terminal Diraja disambut oleh Menteri Pengiring iaitu Menteri Perbandaran Qatar, Dr Abdullah Abdulaziz bin Turki Al-Subaie; Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan.

Beliau kemudian diberi penghormatan untuk memeriksa barisan kawalan kehormat dibarisi Pengawal Istiadat Amiri serta menaiki kenderaan khas.

Esok, Perdana Menteri dijadual melawat Ladang Baladna, laitu antara ladang ternakan lembu terbesar di rantau itu yang terletak kira-kira 60 kilometer di utara Doha, bagi menyaksikan pertukaran Surat Hasrat (LOI) antara PR1MA dan Lembaga Pelaburan Qatar selain menghadiri sesi libat urus dengan komuniti perniagaan serta Keluarga Malaysia di Doha.

Pada Selasa, Perdana Menteri akan melakukan kunjungan hormat ke atas Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani sebelum menghadiri majlis makan tengah hari di Amiri Diwan.

Memperkukuh kerjasama Malaysia-Qatar yang terjalin sejak seklan lama merupakan antara agenda utama dan kedua-dua pemimpin dijangka mencarta jalan ke arah kolaborasi ekonomi serta usaha pemulihan pascapandemik selain bertukar pandangan mengenai isu antarabanas on mempunyai kepentingan bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI