fbpx

‘The Rock’ buat kemunculan pertama di Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kakitangan Christie's menunjukkan berlian gergasi dinamakan The Rock di Dubai pada 25 Mac lalu. - AFP

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Sebutir berlian gergasi dikenali sebagai ‘The Rock’ dipamerkan untuk pertama kali di Dubai hari ini, menjelang satu majlis lelongan di mana batu permata itu dianggar berupaya mencatatkan harga jualan mencecah AS$30 juta (RM126.3 juta).

Berlian seberat 228.31 carat (45.662 gram) berbentuk buah pear itu dilombong dan dicanai di Afrika Selatan lebih 20 tahun lalu. 

Ia merupakan berlian putih paling besar pernah ditampilkan untuk lelongan, demikian menurut rumah lelongan Christie’s.

Selepas membuat penampilan sulung di Dubai dari 26 hingga 29 Mac ini, The Rock akan berada di Taipei, New York dan seterusnya, Geneva di mana ia akan dilelong pada 11 Mei ini.

“Asia Barat sentiasa menghargai kepentingan batu permata,” kata ketua antarabangsa Christie’s, Rahul Kadakia.

Rekod lelongan sebelum ini untuk berlian tidak berwarna terbesar adalah permata seberat 163.41 carat (32.682 gram) yang dijual mencecah harga AS$33.7 juta (RM141.89 juta) pada November 2017, demikian menurut Christie’s. 

Pada awal tahun ini, Sotheby’s di London menjual Enigma yang merupakan berlian potong terbesar pernah dilelong dengan berat 555.55 carat (111.11 gram) pada harga AS$4.3 juta (RM18.1 juta). – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI