fbpx

Enrique pertaruh jawatan di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANYOL berjaya mencatat kemenangan 2-1 ketika menewaskan Albania pada aksi persahabatan awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Ketua Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique memberi bayangan bersedia melepaskan jawatannya sekiranya pasukan itu gagal di pentas Piala Dunia Qatar 2022 dari 21 November hingga 18 Disember nanti.

Pengendali berusia 51 tahun itu berjaya mengemudi La Roja ke landasan tepat sejak dilantik menggantikan Julen Lopetegui yang mengharungi kempen penuh mengecewakan sewaktu Piala­ Dunia Rusia 2018.

Enrique juga kembali meletakkan Sepanyol sebagai salah satu negara digeruni di dunia menje­lang edisi Piala Dunia kali ini biarpun cabaran mereka sekadar terhenti di separuh akhir Kejohanan Euro 2020.

“Saya berada di puncak ketika ini. Saya beritahu anda sekarang supaya tiada lagi kritikan selepas ini.

“Jika segalanya tidak menjadi di Piala Dunia nanti, tiada masalah kerana saya akan melepaskan jawatan ini,” kata Enrique yang masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama Sepanyol.

Dalam perkembangan sama, bekas pengendali Barcelona itu memuji persembahan anak-anak buahnya selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Albania pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium RCDE awal pagi semalam.

Dua gol La Roja dihasilkan oleh Ferran Torres dan Dani Olmo, manakala Myrto Uzuni menghadiahkan jaringan sagu hati buat Albania.

“Saya tidak akan berasa selesa jika gagal memenangi perlawanan ini kerana ini adalah kali pertama kami (Sepanyol) beraksi di sini (Barcelona) selepas 18 tahun,” jelas Enrique. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI