fbpx

Cintakan muzik, Doja Cat rasa bodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOJA CAT

PENYANYI Doja Cat membuatkan peminatnya tidak keruan selepas memberi bayangan bakal mengakhiri kerjaya seni dalam masa terdekat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Twitter, penyanyi berusia 26 tahun itu mengakui penat dan tidak lagi sanggup untuk meneruskan kariernya sebagai penghibur.

Disebabkan kepenatan, Cat bercadang untuk menghilangkan diri.

Dia bahkan berasa bodoh kerana terlalu cintakan muzik.

“Saya betul-betul ingin berhenti menyanyi dan tidak peduli lagi. Saya tidak sabar untuk mengundurkan diri.

“Pada saya, muzik sudah mati dan saya seorang yang bodoh kerana pernah menyayangi muzik. Ternyata kerjaya ini memberikan mimpi buruk,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Tia Tamera itu juga kesal apabila diserang netizen gara-gara membatalkan konsertnya di Paraguay pada bulan lalu.

Jelas Cat, dia terpaksa membatalkan konsert yang dianjurkan bersempena Festival Asuncionico tersebut kerana faktor cuaca disebabkan oleh hujan yang lebat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI