fbpx

Nenek paling muda di Britain berumur 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELLY Healey (kanan) mendakwa menjadi nenek termuda di Britain setelah anak perempuannya, Skye Salter (kiri) melahirkan Bailey (tengah) pada usia 14 tahun. – David Dyson

LONDON – Seorang wanita berusia 30 tahun dilaporkan menjadi nenek paling muda di Britain selepas anak perempuannya melahirkan seorang bayi lelaki pada usia 14 tahun, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Ibu kepada lima anak, Kelly Healey berusia hanya 30 tahun apabila anak perempuannya, Skye Salter melahirkan seorang bayi lelaki, Bailey pada Ogos 2018.

Keluarga itu bagaimanapun dikritik pengguna media sosial dengan Kelly diselar kerana didakwa tidak mendidik Skye mengenai pengetahuan pencegahan kehamilan.

Kelly yang berasal dari bandar Feltham, England memberitahu akhbar Mirror bahawa dia telah cuba memaklumkan kepada anaknya mengenai perkara tersebut tetapi Skye tidak aktif secara seksual ketika itu.

Skye bahkan tidak mengetahui kehamilannya sehingga kandungannya berusia lebih lapan bulan.

Ibu muda itu terkejut dengan kehamilannya.

“Saya tahu ia akan berlaku tetapi orang luar tidak tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya tidak fikir tentang apa yang mereka katakan, mereka tidak mengenali saya.

“Saya bangga dengan diri saya dan ibu saya. Mereka bukannya orang yang membesarkan saya,’’ kata Skye yang kini berusia 18 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI