fbpx

Pendedahan mengejut Song Min-ho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG MIN-HO

DALAM episod baharu program Oh Eun-young’s Gold Counseling Center yang ditayangkan minggu lalu, kumpulan WINNER muncul sebagai artis undangan istimewa dan menerima kaunseling daripada pakar kaunseling, Doktor Oh Eun-young.

Menerusi program tersebut, anggota kumpulan itu berkongsi rahsia yang selama ini disorokkan antara satu sama lain.

Salah seorang anggotanya iaitu Song Min-ho membuat pendedahan mengejut apabila mengakui dia sebenarnya berperang dengan masalah kesihatan mental sejak 2017.

Ujar Min-ho, dia disahkan menghidap penyakit gangguan bipolar dan panik melampau.

“Pada 2017, saya mula mengalami gangguan panik sehingga tak boleh bernafas dan rasa hampir nak mati.

“Sejak itulah saya mula berjumpa doktor. Saya disahkan menghidap gangguan bipolar dan panik. Jadi saya dapatkan rawatan dan ambil ubat untuk merawat penyakit ini,” dedahnya.

Mendengar pendedahan Min-ho, anggota WINNER yang lain terkejut kerana ini kali pertama penyanyi itu bercerita mengenainya.

Tambah Min-ho, dia mula diserang penyakit tersebut ketika mencapai puncak populariti kerjaya solo tetapi dirinya terbiasa menyembunyikan kisah hitam sendiri daripada orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI