fbpx

Mercun bernilai RM4.17 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beh Eng Lai (tengah) menunjukkan sebahagian daripada mercun yang dirampas pihak polis

KUALA LUMPUR – Seramai lima lelaki warga tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di sebuah gudang dan rumah di Taman Kepong di sini pada 23 Mac lalu.

Serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah berjaya merampas mercun dan bunga api haram bernilai RM4.17 juta.

Difahamkan, sindiket ini mendapatkan bekalan mercun dan bunga api dari negara China sebelum diseludup menggunakan kapal kontena yang akan berlabuh di Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati, sindiket terbabit mendapatkan bekalan untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

“Serbuan pertama telah dilakukan di sebuah gudang sekitar Kepong yang berjaya menemui 712 kotak mercun dan bunga api termasuk wang tunai berjumlah RM12,900.

“Susulan serbuan pertama, polis telah pergi ke sebuah rumah teres dua tingkat di sekitar Taman Kepong dan berjaya merampas 347 kotak serta 35 guni berisi mercun dan bunga api,” katanya ketika sidang akhbar di stor barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Mengulas lanjut, keseluruhan rampasan terdiri daripada 1,059 kotak dan 35 guni mercun yang bernilai kira-kira RM4.17 juta.

“Sindiket tersebut juga menjadikan kedua-dua premis sebagai tempat penyimpanan sementara sebelum dijual di sekitar Lembah Klang.

“Semakan rekod pula mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah manakala baki tangkapan tidak mempunyai rekod, jenayah” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1987 kerana menyimpan dan menjual bahan letupan. -KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI