fbpx

Rusia tawan bandar tempat tinggal pekerja loji nuklear Chernobyl

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANDAR Slavutych dibina selepas kemalangan loji tenaga nuklear Chernobyl berlaku pada 1986. - AFP

KIEV – Ukraine memaklumkan bahawa tentera Rusia telah menawan sebuah bandar Slavutych yang merupakan tempat tinggal pekerja loji nuklear Chernobyl dan menahan seketika datuk bandarnya, lapor laman berita Wion News semalam.

“Saya telah dibebaskan, Semuanya baik-baik sahaja, setakat ini Slavutych telah ditawan,’’ kata Datuk Bandar Yuri Fomichev kepada agensi berita AFP melalui panggilan telefon selepas pegawai -pegawai di Kiev mengumumkan penahanannya.

Terdahulu, Kiev memaklumkan bahawa tentera Rusia telah memasuki bandar Slavutych.

Kira-kira 25,000 orang dilaporkan tinggal di bandar itu yang terletak 160 kilometer ke utara Kiev. Ia dibina selepas kemalangan loji tenaga nuklear Chernobyl berlaku pada 1986.

Tapak loji nuklear Chernobyl diambil alih oleh Rusia dalam serangan pada 24 Februari lalu pada hari sama Moscow melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine. 

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menyatakan kebimbangan pada Khamis lalu selepas Ukraine memaklumkan bahawa Rusia terus membedil bandar Slavutych.

Kira-kira 100 juruteknik Ukraine terus menjalankan operasi harian di tapak radioaktif  itu selama hampir empat minggu tanpa penggiliran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI