PETALING JAYA – Tujuh negeri termasuk Selangor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Putrajaya, Sarawak serta Sabah dijangka alami hujan lebat petang nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, amaran dan jangkaan hujan lebat serta ribut petir itu bakal berlaku pukul 5 hingga 6 petang nanti.
“Antara kawasan yang dijangka adalah Pahang (Bentong), Selangor (Hulu Langat, Sepang), Negeri Sembilan (Jelebu, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), seluruh negeri Melaka dan Putrajaya.
“Manakala hampir sebahagian Sarawak dan Sabah juga dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir petang nanti,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE