fbpx

Akhirnya Amelia kini kekasih Aedy Ashraf?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Aedy Ashraf melamar Amelia sebagai kekasihnya kini tular dalam media sosial.

PETALING JAYA – Nama dua pelakon popular, Amelia Henderson dan Aedy Ashraf tiba-tiba meledak dalam media sosial selepas sebuah video lamaran menjadi kekasih tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Video yang memaparkan Aedy melamar Amelia dalam keadaan melutut di hadapan khalayak ramai pada sebuah acara festival makanan itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminatnya mengenai status hubungan mereka.

“Amelia Handerson, would you be my girlfriend? (adakah anda sudi menjadi teman wanita saya)” soal pelakon drama Budak Tebing itu kepada Amelia ketika sama-sama memeriahka acara Absolut Food Festival 2022 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Tidak menolak mahupun melarikan diri, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson memberi jawapan dia menerima lamaran tersebut.

“Ya,” kata Amelia ringkas sebelum Aedy dilihat berlari-lari kegembiraan mendengar jawapan tersebut.

Kata Aedy, dia menunggu selama dua tahun untuk melamar aktres berdarah kacukan India-Scotland itu.

Dalam media sosial, rata-rata teruja dengan perkara tersebut meskipun hubungan pasangan hero heroin drama rantaian Kisah Cinta Kita itu masih menjadi persoalan ramai sama ada hanya gimik atau benar-benar berlaku.

“Harap ini bukan gimik sebab menurut Amelia lamaran tersebut tidak dirancang,” kata netizen.

“Kalau benar mereka bercinta, memang saya setuju sangat!” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Mengimbau semula spekulasi hubungan mereka, kedua-dua mereka pernah beberapa kali digosipkan bercinta selepas persembahan cemerlang sebagai pasangan kekasih dalam drama Kisah Cinta Kita pada tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan khabar angin yang bertiup kencang dalam media sosial tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI