fbpx

Aksi panas PSG, Marseille

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR (kiri) dilayangkan kad merah selepas bertindak menampar kepala Gonzalez. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain, Neymar mengakui menyesal kerana tidak mengambil tindakan lebih keras ke atas pemain Marseille, Alvaro Gonzalez yang didakwa mencetuskan isu perkauman.

Neymar menjadi salah seorang daripada lima pemain yang dila­yangkan kad merah selain ­Leandro Paredes dan Layvin Kurzawa serta dua pemain Marseille, Jordan Amavi dan Dario Benedetto pada aksi panas berlangsung di Parq des Princess.

PSG mencatat dua kekalahan berturut-turut pada aksi pembukaan Ligue 1 musim ini selepas Florian Thauvin melepaskan sepakan lambung menarik pada minit ke-31 untuk Marseille mencatat kemenangan tersebut.

Neymar bertindak menampar kepala Gonzalez dan mendakwa pemain pertahanan dari ­Sepanyol itu cuba membangkitkan isu perkauman.

“Penyesalan terbesar saya adalah tidak menampar muka­nya,” tulis Neymar dalam laman Twitter peribadinya.

Pemain PSG tersebut kemudian memuat naik satu lagi status yang menuduh Gonzalez menyebut perkataan yang bersifat perkauman kepadanya ketika di padang.

Bagaimanapun, Gonzalez pantas mempertahankan dirinya melalui satu status yang dimuat naik selain menafikan tuduhan yang dibuat Neymar.

“Tiada tempat untuk isu perkauman dalam bola sepak. Kadang-kadang anda perlu belajar mengenai kekalahan dan bersedia menerimanya,” kata Gonzalez.

Dua kekalahan PSG pada awal musim itu adalah yang terburuk selepas kali terakhir dialami pada musim 1984/1985. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI