fbpx

MAFI sasar bantu 750 usahawan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hamzah (dua kiri) menyampaikan GAM kepada seorang usahawan pada Program Jelajah Agropreneur Muda di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

GOPENG – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan untuk membantu 750 usahawan muda melalui pembiayaan Geran Agropreneur Muda (GAM) pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, peruntukan sebanyak RM15 juta disediakan dimana penerima mendapat bantuan dalam bentuk barangan sehingga RM20,000.

Katanya, bantuan tersebut mampu meningkatkan produktiviti sekali gus menambah pendapatan golongan berkenaan.

“Bantuan ini juga dapat membantu mereka mengurangkan kos permulaan dan pengembangan projek-projek pertanian serta agro makanan.

“Sejak 2016 hingga tahun lalu, MAFI telah meluluskan bantuan GAM kepada 7,699 usahawan di seluruh negara membabitkan pembiayaan bernilai RM137.71 juta.

“Di Perak sendiri, seramai 976 usahawan muda menerima bantuan sama berjumlah RM13.57 juta,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Agropreneur Muda (JAM) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, di sini hari ini.

Jelas Ahmad, program JAM berfungsi sebagai pusat sehenti bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi usahawan dalam sektor pertanian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI