fbpx

Lelaki catat rekod dunia tolak bayi kembar lima dalam kereta sorong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki berjaya mencatatkan Rekod Dunia Guinness dengan berlari menolak lima bayi kembarnya dalam kereta sorong selama dua jam 19 minit. - Guinness World Records

OAKLAND, CALIFORNIA – Seorang pelari di negeri California, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod dunia apabila menamatkan perlumbaan separa maraton dalam masa dua jam 19 minit sambil menolak bayi kembar limanya di dalam kereta sorong, lapor United Press International (UPI) kelmarin.

Chad Kempel menyertai acara separa maraton itu di bandar Oakland pada Ahad lalu sambil menolak lima anak kembarnya yang berusia empat tahun di dalam kereta sorong bayi.

“Mereka berkata, lari lebih cepat ayah! Dan saya berpeluh dengan kuat. Saya tidak pasti sama ada saya boleh pergi lebih jauh atau tidak.

“Saya terlupa betapa beratnya mereka terutamanya apabila mendaki bukit walaupun laluan maraton tidak terlalu berbukit. Saya bersungguh-sungguh bertahan,” kata Kempel kepada stesen televisyen KIVI-TV.

Kempel menamatkan larian sejauh 21.08 kilometer itu dengan catatan masa dua jam 19 minit sekali gus mengatasi masa yang ditetapkan oleh Guinness World Records iaitu dua jam 30 minit.

“Saya orang pertama melakukannya. Apabila anda yang pertama mencipta rekod, Guinness akan menetapkan had masa dan mereka memberikan had masa selama dua jam 30 minit kepada saya,’’ kata Kempel.

Lelaki itu pernah mencatatkan rekod dunia dengan berlari sejauh 10 kilometer dan menyertai maraton penuh sambil menolak kelima-lima anak kembarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI